seindah bunga keimanan

seindah bunga keimanan

Wednesday, March 24, 2010

sesuatu yang hilang...

Di saat hati benar-benar terbuka untuk sesuatu di saat itu juga kehilangan di rasai..bukan niat tidak mahu menghalang namun apa yang terjadi begitu sukar untuk di tafsirkan...bukan kerana marah atau kecewa tapi kerana kalah dan pasrah..kadangkala hati tertanya-tanya mengapa semua ini berlaku, apa yang telah hilang seolah-olah telah merampas semua kegembiraan yang ada pada diri dan yang paling penting kehilangan itu telah membawa pergi senyuman yang selalu di ukirkan di bibir ini...

Wednesday, March 10, 2010

bila hati berbicara

seandainya hati begitu mudah untuk berkata pasti pelbagai cerita akan di keluarkan...
terasa sesak di dada bila semua yang di tempuhi seolah-olah menjadi beban yang mampu mematahkan tulang...bukan beban yang di ragui namun kekuatan dan keinginan yang di ragui adakah aku mampu untuk memikulnya ataukah hanya sekadar ingin membawanya tanpa ada rasa untuk menjaga dan melindunginya...

kadangkala terfikir mengapa orang yang terdahulu begitu tabah mengharunginya sedangkan aku begitu banyak beralasan..masih lemah kah aku untuk terus berjuang di jalan mu Ya Allah...

moga perjuangan ini akan ku teruskan.......

permulaan sesuatu yang baru...

stiap langkah yang jauh memerlukkan langkah yang pertama....
moga yang pertama di berkati hingga akhirnya...