seindah bunga keimanan

seindah bunga keimanan

Thursday, June 16, 2011

kerana itu takdirNya...



Bismillahirahmanirahim....

Tanggal 13 jun 2011 merupakan satu tarikh yang mungkin sukar untuk dilupakan bagi ana, akhwat dan ikhwah yang lain. satu tarikh yang banyak menguji ketabahan dan keihklasan diri setiap hambaNya..

perjalanan selepas program merupakan satu perjalanan yang banyak memberikan ibrah dan hikmah..hari2 sebelumnya kami lewati dgn hari yang banyak meningkatkan iman dan kesedaran dalam diri. Banyak ilmu Allah yang diperolehi dan tidak sangka rupanya setiap ilmu dan iman yang ditingkatkan dalam beberapa hari itu menjadi bekalan untuk menghadapi ujian yang lebih besar selepas itu.

Subhanaallah maha suci engkau ya Allah, setiap yang telah engkau aturkan hati2 ini telah redha keatasnya, telah kami ikhlaskan setiap musibah yang telah terjadi..seseungguhnya setiap detik,minit dan saat telah engkau aturkan dengan sebaik2nya..

Alhamdulillah, Ya Allah setiap calar,luka, kecederaan dan kehilangan anggota tidaklah seteruk jika dibandingkan dengan sakit dan pedihnya jika engkau menarik agamaMu dan tarbiyahMu dalam diri kami...jika itu yang kami kehilangan ya Allah maka tiada apa lagi yang tertinggal dalam hidup kami..semua kenikmatan hilang dengan sekelip mata..ya Allah jangan lah engkau membiarkan kami menentukkan nasib kami sendiri mohon kepada Mu ya Allah..

buat ukhti fadziah (EG) ana tahu anti seorang yang kuat, terima kasih atas segala bantuan yang telah anti lakukan..ana lihat segala yang anti lakukan ketika kami berada dalam keadaan lemah selepas kejadian itu..ana dapat lihat kerisauan dan rasa bersalah dalam diri anti..tapi yakinlah bhw itu semua ketentuan Allah..dan kami redha atas segalanya..tiada apa yang perlu dibimbangkan perasaan kasih dan sayang kami kepada anti tidak sedikit pun berkurangan apatah lagi ingin menyimpan rasa marah dsb..satu yang ana yakini bahawa anti memang seorang akhwat yang sangat mengambil berat terhadap orang lain berbanding diri sendiri..ikhlaskanlah ukhti.....

Buat ukhti Sadaria, moga Allah memberi kekuatan dan ketabahan kepada anti dalam menjalani ujian ini...setiap kehilangan moga Allah gantikan dengan yang lebih baik..harta Allah ukhti, bila2 masa saja Dia boleh ambil..kita sebagai peminjam kena lah redha...dan ana terkesan bila anti kata kat akhwat " baru mata ukhti tangan dan kaki masih lagi boleh bergerak " subhanaallah...ini yang sangat ana kagumi kat anti selama ana mengenali dan bekerja bersama anti, sikap positif dan bersangka baik anti mendahului segala2nya....

Kesakitan yang kami rasai merupakan satu nikmat yang xterhingga dari Allah buat kami ini lah tanda kasih sayangNya..tiada apa yang dapat kami gambarkan kerana hati ini betul2 merasai kasih sayang Allah secara langsung...terasa Allah itu benar2 dekat dalam diri ini..

Buat akhwat2 yang datang ziarah,sms,telefon dan yang sentiasa mendoakan terima kasih banyak2 kami ucapkan kepada antuna semua..satu lagi nikmat dan kasih sayang yang Allah tunjukkan pada kami adalah dengan ukhwah yang antuna tunjukkan..bagaimana kami yang datangnya dari sabah tapi yang bila berada ditempat orang masih ramai yang datang ziarah dan menjaga..kalau iktukan semua itu x masuk dek akal..tapi inilah kekuasaan Allah..

jzkk juga ana ucapkan kepada ukhti zuraida idris (ukmkl) kerana menjaga ana sepanjang ana didalam wad..ana nampak segala kebaikan dalam diri anti..moga ALLAH yang membalas segalanya...

kepada akhwat2 lain ukhti wan khadijah, hajar,nasriah,aini bohari, shakira, ana munawarah, suraina, rawaida, shida, ,marha, alida, azila, adibah, leni, fatihah, wafa, ana..dan juga kepada dr hizul, akh azhr, fahrul dan lain2...jzkk atas perhatian antum semua kepada akhwat sabah ....doakan agar semuanya baik dan diberkati Allah...marilah sama2 kita cari hikmah disebalik semua ini...

kepada akhwat2 lain jzkk juga kerana x henti2 telefon dan sms kami tuk bertanya khbar..

Inilah gambar2 kejadian tsbt..




klik tuk besarkan