seindah bunga keimanan

seindah bunga keimanan

Thursday, October 28, 2010

Andai seorang perempuan datang kepada mu


Andai seorang perempuan datang kepadamu ketika kau berseorangan...

Andai seorang perempuan datang dan senyum mesra memandangmu...

Andai seorang perempuan datang duduk di sebelahmu membiarkan bahu dan punggungnya bersentuhan denganmu...

Andai seorang perempuan datang menanyakan tentang bentuk badannya kepadamu...

Andai seorang perempuan datang menanyakan tentang kecantikan wajah dan badannya kepadamu...

Andai seorang perempuan datang memintamu menghilangkan daun di rambutnya...

Andai seorang perempuan datang kepadamu sambil mendedahkan bahagian- bahagian tertentu...

Andai seorang perempuan datang tanpa segan silu denganmu...

Andai datang waktu itu, apakah tindakanmu?

MUNGKIN PADA PANDANGAN PEREMPUAN ITU,

"Kau adalah kawan karibku."

"Gua takde perasaan dengan lu, so gua selambe jela dengan lu."

"Kau dah seperti abang kandungku."

"Kau dan aku bukan alim sangat jadi tak perlu hipokrit."

"Kaulah kekasihku, diri ini sepenuhnya milikmu."

"Aku tahu kau dan aku takkan mungkin berzina, kita pasti pandai mengawal diri."

"Oh, kau adalah bakal suamiku, aku harus berlatih dari sekarang mengurangkan malu".

"Ku berbuat begini tiada yang tahu, kau takkan cerita pada orang lain."

TETAPI WAHAI LELAKI, ADAKAH SELALUNYA BETUL PANDANGAN MEREKA ITU?

Andai seorang perempuan itu datang...

Dan hanya dirimu pengawal gelanggang...

BERANIKAN dirimu untuk MENEGUR

GAGAHKAN dirimu untuk BERUNDUR

TABAHKAN dirimu untuk menjadi LELAKI YANG UNGGUL!

Lelaki yang hormat pada hak bakal suami perempuan itu nanti,

Lelaki yang hormat pada maruah kaum ibu dan adik beradik perempuannya sendiri,

Lelaki yang takkan disogok dengan benda-benda free,

Lelaki yang punya jati diri, menegur kerana TAK MAHU ISTERINYA NANTI BEKAS-BEKAS LELAKI,

Insaflah wahai diri yang bernama lelaki,

Andai seorang perempuan itu datang...

Beranikanlah diri untuk menolak dengan matang...

Andai seorang perempuan itu datang...

Wednesday, October 6, 2010

pengembaraan itu...


Masa yang berhenti membuatkan aku banyak berfikir, bukan tubuh dewasa yang dicari tetapi akal orang dewasa yang dicari. Dalam pengembaraan itu, terhantuk dan terngadah menjadi lumrah. Namun aku tidak pernah lupa untuk bangkit semula. Setiap luka dan calar ditoreh duri bernama kekecewaan dibiarkan menjadi bekas sebagai tanda ingatan buat selamanya.

Persahabatan, pelajaran dan yang pastinya tidak dapat dielakkan, cinta, menjadi duri dan ranjau disepanjang pengembaraan ku.

Tatkala aku cuba mencari cebisan terakhir kedewasaan, muncul sesuatu yang mengubah hidup ku. Namun, sedikit demi sedikit masanya seolah-olah bergerak semakin perlahan apabila perasaan ku mula mengalami metamorfosis..

Aku lemah bila berhadapan dengan dua persimpangan yang memaksa aku untuk memilih sesuatu yang aku sayangi dengan sesuatu yang pantas dalam hidupku....manusia adalah batasan, yang tidak terbatas cuma tuhan. Akal manusia terbatas.minda manusia terbatas. nyawa manusia terbatas. emosi manusia terbatas. Dan aku mengerti erti batasan apabila terpaksa memilih keduanya.

Aku mahu pergi jauh, tapi masih ada perhentian-perhentian yang perlu aku lalui sebelum sampai ke destinasi.Masih banyak memori dan kenangan yang sarat di hati yang akan dibawa bersama. Aku tahu takkan selamanya aku akan dapat mengelak dari kehidupan yang sebenar tapi berilah aku masa untuk bangkit dengan satu semangat yang baru supaya lebih tegar dalam mengharungi hidup yang akan datang.

Aku tahu kisah hidupku belum habis, tapi bagaimanakah episod seterusnya.....




~ Seindah bunga keimana ~

saat Ujian mendatang...


" Ya Allah segala pemberianMU yang aku sayangi jadikan ia kekuatan

bagiku untuk mencintaiMU ...segala yang engkau pisahkan dariku sedangkan

ia amat aku sayangi jadikan ia ruang untuk cintaMU dalam diriku....."



Benarlah kata-kata "bilamana kita masih belum dapat harungi ujian itu maka Allah akan memberikan ujian yang sama agar kita betul-betul berjaya atasi ujian tersebut"..justeru ujian yang sama aku rasai tanpa aku sedari aku masih lemah untuk berhadapan dengan masalah tersebut..aku merasakan bahawa perkara itu bukan lagi menjadi satu masalah buatku ..tetapi bila ia muncul aku merasakan seolah-olah terlalu berat untuk menanggung ujian tersebut..hati terasa sakit dengan apa yang terjadi..dan kini aku sedar mungkin Allah ingin aku melepasi ujian tersebut kerana ianya menjadi beban buat aku selama ini...aku cuba untuk menjadi seperti biasa, seperti tiada apa2 yang berlaku namun aku hanya menzalimi diri sendiri...aku sedar bahawa kehidupan ini tidak seindah yang diharapkan..biarlah ianya berlalu secara sendiri dan aku yakin aku mampu untuk mengatasinya...

H.U.J.A.N



Hujan itu banyak memberi kenangan kepada ku, setiap titisan hujan itu memberi sejuta makna dalam hidup ku...tapi bila knangan itu mula menjadi luka yang paling dalam tiba2 semua itu seolah-olah bertukar menjadi sesuatu yang menyakitkan...

Aku hanya wanita biasa...




" lemahnya seorang "aku" bila diuji dengan pertanyaan yang boleh membuatkan hatiku terguris....

walau diri nampak begitu tabah namun sekeras-keras "aku" tetap juga akan terasa terhiris...

bukan diri mau lari dari kenyataan tapi hakikatnya "aku" tidak kuat bila persoalan yang sama berulang kali diajukan kepadaku..

" apa lagi yang di tunngu?"
" ko bila lagi?"
" tu la tyme org nak jual mahal plak?"
" ramai dah tnya knapa tolak?" xda respon pun?"

salahkah aku bila ingin mencari seorang nahkoda yang boleh membawa aku ke laluan yang betul...walau kapal yang dinaik tidaklah terlalu indah,mewah atau dipenuhi dengan emas permata...

Namun, apa yang penting buat aku cukuplah kapal itu dihiasi dengan zikrullah, solat-solat malam dan sunat, suara orang mengaji dan suara kegembiraan bila bertemu kerana mengasihi antara satu sama lain kerana Allah..

Biarlah setiap ruangnya diisi dengan buku2 yang meningkatkan iman dan ilmu didada, dipenuhi dengan orang2 yang soleh dan solehah yang bersama2 memikul beban amanahnya....

"Aku" tidak meminta lebih, bahkan bukan harta keduniaan yang aku cari cukuplah sekadar apa yang ada tapi diberkati, ramai kawan yang bertanya...kenapa begitu pelik permintaan kau untuk membina mahligai idamanmu..adakah lagi seorang nahkoda seperti itu yang kau harapkan wujud didunia ini....

lalu aku hanya tersenyum...dan itu menambahkan lagi kepelikkan mereka...

dalam hati aku berkata..insyaAllah ada....kalau pun bukan didunia i.a diakhirat pasti ada walaupun bukan untukku...

tapi apa yang aku yakin adalah...untuk mendapat yang terbaik akulah yang pertama2 sekali perlu menjadi baik....

kerana satu hadis aisyah r.a menyampaikan "seburuk2 manusia adalah orang yang ingin orang yang lebih baik padahal dia tidak cuba memperbaiki diri sendiri"...

kehidupan ku sem ini...

segala puji hanya bagiMu ya Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang....
tiada satu ungkapan yang dapatku katakan, begitu besar nikmat yang telah Engkau berikan kepadaku....

Engkau lebih mengetahui hati ini daripada sesiapapun, engkau jua la yang menyentuh hati ini untuk kembali kepadaMU...

terlalu jauh ya Allah aku telah lari meninggalkan Mu...tanpa aku sed
ari aku begitu lena dengan dunia..mata ku menjadi kabur, telinga menjadi tuli hati menjadi keras tentang agamaMu...aku banyak mengabaikan kasih dan sayangMu ya Allah....apa yang telah aku perbuat?....astagfirullahalazim..

2008 merupakan tahun yang amat bermakna dalam hidupku..segalanya berubah seolah-olah aku baru menyedari hakikat sebenar kehidupan..ya hakikat sebenar kehidupan iaitu dengan mengenal Rabbku....ALLAH..ALLAH..ALLAH...dan muhammad pesuruh Allah..

Bermula dengan tazkirah-ta'alim-halaqah dan dauroh aku semakin sedari nikmat yang besar aku dapat setelah nikmat iman dan islam adalah nikmat " TARBIYAH"..subhanallah..

teringat aku peristiwa awal2 kehidupan ku di ipta..sibuk dengan study,assigment,discussion rumate, cosmate dan geng2 lepak sains sukan..masa yang ku lalui banyak disibukkan dengan hal2 keduniaan dan keseronokkan...

namun setelah tarbiyah itu betul2 mengetuk pintu hatiku tanpa aku sedari..semuanya berubah baik luaran mahupun dalaman..sehingga kini aku masih lagi cuba untuk menyedarkan diri tentang nikmat yang terbesar ini....

kehidupan yang dulunya sibuk dengan study dan kawan2 kini bertukar dengan study dan iman...aku mulai sibuk dengan tazkirah-ta'alim-halaqah dan dauroh...masa2 yang kulalui kini amat beerti dan menenangkan...

aku yang dulunya orang yang paling keras untuk di ajak ke tazkirah..kini mula pula membuat tazkirah sendiri..sampailah saat kini menjadi murabiyah kepada anak2 halaqah dan ta'alim ku...bagaimana semua ini berlaku ya Allah...masyaAllah terlalu besar nikmat ini ya
Allah...

ku biarkan semua ini berlalu dengan meningkatnya keimanan dan ketaqwaan...apapun yang berlaku aku redha ya Allah..aku tahu perjalanan ini perlukkan komitment dan pengorbanan, maka aku bersedia untuk memikul beban amanah yang telah engkau berikan..apa yang aku ohon ya Allah engkau tsabatkanlah hatiku dijalanMu ini bersama2 akhwat dan ikhwah yang ku cintai keranaMu..jangalah engkau biarkan aku menentukkan nasib ku sendiri walaupun sesaat ya Allah....aku mohon..mohon dengan sangat...

kehidupan yang kulalui sepanjang sem ini yang akan berakhir hujung bulan ni...