seindah bunga keimanan

seindah bunga keimanan

Wednesday, October 6, 2010

pengembaraan itu...


Masa yang berhenti membuatkan aku banyak berfikir, bukan tubuh dewasa yang dicari tetapi akal orang dewasa yang dicari. Dalam pengembaraan itu, terhantuk dan terngadah menjadi lumrah. Namun aku tidak pernah lupa untuk bangkit semula. Setiap luka dan calar ditoreh duri bernama kekecewaan dibiarkan menjadi bekas sebagai tanda ingatan buat selamanya.

Persahabatan, pelajaran dan yang pastinya tidak dapat dielakkan, cinta, menjadi duri dan ranjau disepanjang pengembaraan ku.

Tatkala aku cuba mencari cebisan terakhir kedewasaan, muncul sesuatu yang mengubah hidup ku. Namun, sedikit demi sedikit masanya seolah-olah bergerak semakin perlahan apabila perasaan ku mula mengalami metamorfosis..

Aku lemah bila berhadapan dengan dua persimpangan yang memaksa aku untuk memilih sesuatu yang aku sayangi dengan sesuatu yang pantas dalam hidupku....manusia adalah batasan, yang tidak terbatas cuma tuhan. Akal manusia terbatas.minda manusia terbatas. nyawa manusia terbatas. emosi manusia terbatas. Dan aku mengerti erti batasan apabila terpaksa memilih keduanya.

Aku mahu pergi jauh, tapi masih ada perhentian-perhentian yang perlu aku lalui sebelum sampai ke destinasi.Masih banyak memori dan kenangan yang sarat di hati yang akan dibawa bersama. Aku tahu takkan selamanya aku akan dapat mengelak dari kehidupan yang sebenar tapi berilah aku masa untuk bangkit dengan satu semangat yang baru supaya lebih tegar dalam mengharungi hidup yang akan datang.

Aku tahu kisah hidupku belum habis, tapi bagaimanakah episod seterusnya.....




~ Seindah bunga keimana ~

No comments:

Post a Comment