seindah bunga keimanan

seindah bunga keimanan

Wednesday, October 6, 2010

Aku hanya wanita biasa...




" lemahnya seorang "aku" bila diuji dengan pertanyaan yang boleh membuatkan hatiku terguris....

walau diri nampak begitu tabah namun sekeras-keras "aku" tetap juga akan terasa terhiris...

bukan diri mau lari dari kenyataan tapi hakikatnya "aku" tidak kuat bila persoalan yang sama berulang kali diajukan kepadaku..

" apa lagi yang di tunngu?"
" ko bila lagi?"
" tu la tyme org nak jual mahal plak?"
" ramai dah tnya knapa tolak?" xda respon pun?"

salahkah aku bila ingin mencari seorang nahkoda yang boleh membawa aku ke laluan yang betul...walau kapal yang dinaik tidaklah terlalu indah,mewah atau dipenuhi dengan emas permata...

Namun, apa yang penting buat aku cukuplah kapal itu dihiasi dengan zikrullah, solat-solat malam dan sunat, suara orang mengaji dan suara kegembiraan bila bertemu kerana mengasihi antara satu sama lain kerana Allah..

Biarlah setiap ruangnya diisi dengan buku2 yang meningkatkan iman dan ilmu didada, dipenuhi dengan orang2 yang soleh dan solehah yang bersama2 memikul beban amanahnya....

"Aku" tidak meminta lebih, bahkan bukan harta keduniaan yang aku cari cukuplah sekadar apa yang ada tapi diberkati, ramai kawan yang bertanya...kenapa begitu pelik permintaan kau untuk membina mahligai idamanmu..adakah lagi seorang nahkoda seperti itu yang kau harapkan wujud didunia ini....

lalu aku hanya tersenyum...dan itu menambahkan lagi kepelikkan mereka...

dalam hati aku berkata..insyaAllah ada....kalau pun bukan didunia i.a diakhirat pasti ada walaupun bukan untukku...

tapi apa yang aku yakin adalah...untuk mendapat yang terbaik akulah yang pertama2 sekali perlu menjadi baik....

kerana satu hadis aisyah r.a menyampaikan "seburuk2 manusia adalah orang yang ingin orang yang lebih baik padahal dia tidak cuba memperbaiki diri sendiri"...

No comments:

Post a Comment