seindah bunga keimanan

seindah bunga keimanan

Wednesday, October 6, 2010

saat Ujian mendatang...


" Ya Allah segala pemberianMU yang aku sayangi jadikan ia kekuatan

bagiku untuk mencintaiMU ...segala yang engkau pisahkan dariku sedangkan

ia amat aku sayangi jadikan ia ruang untuk cintaMU dalam diriku....."



Benarlah kata-kata "bilamana kita masih belum dapat harungi ujian itu maka Allah akan memberikan ujian yang sama agar kita betul-betul berjaya atasi ujian tersebut"..justeru ujian yang sama aku rasai tanpa aku sedari aku masih lemah untuk berhadapan dengan masalah tersebut..aku merasakan bahawa perkara itu bukan lagi menjadi satu masalah buatku ..tetapi bila ia muncul aku merasakan seolah-olah terlalu berat untuk menanggung ujian tersebut..hati terasa sakit dengan apa yang terjadi..dan kini aku sedar mungkin Allah ingin aku melepasi ujian tersebut kerana ianya menjadi beban buat aku selama ini...aku cuba untuk menjadi seperti biasa, seperti tiada apa2 yang berlaku namun aku hanya menzalimi diri sendiri...aku sedar bahawa kehidupan ini tidak seindah yang diharapkan..biarlah ianya berlalu secara sendiri dan aku yakin aku mampu untuk mengatasinya...

No comments:

Post a Comment