seindah bunga keimanan

seindah bunga keimanan

Friday, July 9, 2010

khas buat mu

khas buatmu….

Dalam riak wajah ada pancaran dakwah

Dalam tutur bicara ada gema tarbiyah

Dalam gerak langkah ada semangat mujahid

kita lupakan wajah yang ayu ,kita tinggalkan bicara pilu

kita kaburkan langkah yang lesu

Bangkit menjulang perjuangan…..

tatkala yang hak mendabik megah dan

kebatilan akur menyembah Yang Maha Kuasa;p

kasihnya dia

ku terlena namun kau masih terjaga
segalanya untukmu memberikan hidup bahagia
menderita tanpa cerita
menderita diri cintanya
cintanya umpama sungai yang mengalir
tenang ceria menuju ke muara
maafkan aku kerana terpaksa meminta
menjadi beban dan tangisan
memberi seribu cerita dan impian
tika kau pulang terpaku lesu
peluh keringat belum pun kering
tidak kau gambarkan kepenatan walau sepatah kata
kau tanya apa kekurangan hidup ku
kau tanya apa yang aku minta
lantas kau cuba menterjemahkannya
cerita tentang hidup dan kehidupan kita ini
ibarat pelayaran tiada akhirnya
ku harap engkaulah nakhoda engkaulah kapal
engkau membawa ku belayar ke tengah lautan atau
berenang ke tepian atau
hanya mampu terdampar ke dasar lautan…..

impian

dulu iMpIaN coretan

kenangan

pengalaman

insan tiada pernah ku jumpa

tapi kini ku mengerti semuanya

kisah kita tiada berbeza

TEGAR

Sebuah DIARI kehidupan…

Biar bumi terbelah, biar langit menghempap

impian dan cita-cita tetap seteguh waja

jangan di tanya kisah semalam..

kerana ia hanya sejarah silam

sejarah yang patut di lupakan kerana ia banyak kelukaan….

tegar…

forgive but not forget

bila hati mula berbicara, terlalu banyak yang ingin di katakan

satu nama yang ingin di lupakan

satu nama yang ingin di buang jauh dari hidup

bukan kerana benci atau marah

tapi kerana sayang dan kecewa

bukan kerana terpisah tapi kerana kalah

satu nama yang memang pantas untuk di lonta jauh ke belakang

kerana nama ini yang buat hidupku tak keruan

Diari kehidupan

Thursday, July 8, 2010

Humaira...

saat tetamu sepi mengetuk hati

ada satu kekosongan di rasai

jiwa kontang mulai menagih kasih simpati

pada insan yang menjual harga diri.

demi mendamba cinta palsu yang hakiki

jauh dari kasihNya yang abadi

wahai jiwa yang kontang

inilah iman yang gersang

membuat hati sentiasa walang

merindui tuhan memberikan petunjuk

agar nafsu sentiasa dalam tunduk

pada Allah ku cuba sentiasa tawaduk

agarcinta yang didambakan beralih bentuk

dalam hati subur mewangi

kasihnya Allah tiada bertepi

inilah cinta yang ku cari selama ini

Doa harapan ku ukir setiap hari

Agar BERkekaLan CINTA di hati……

cerita dari hati

kesetiaan Nai’lah Binti Al-Farafishah

yang bijak, yang anggun

yang tegas, yang lembut

dirimu pelengkap sifat wanita

kesetiaan mu pada Uthman tiada tandingan

Wahai Nai’lah Al-Farafishah

engkaulah hiasan sebaik wanita

UJIAN ALLAH

Bila mana sesuatu ujian itu datang tanpa kita sedari..yakinlah antuna semua bahawa ujian yang datang itu mempunyai maksud yang tersendiri….seperti yang selalu di katakan “ada hikmah di sebalik setiap kejadian yang berlaku”..namun sejauh mana kita semua menganggap bahawa setiap ujian yang menimpa itu,tanda bahawa Allah sayangkan kita sebagai hambanya…

yakinlah..Allah tidak akan membebani sesorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya…

kadangkala kita merasakan bahawa ujian yang menimpa kita sebagai sesuatu yang membebankan dan membuat kita rasa goyah dalam bergantungharap kepada pencipta..walhal perkara yang terjadi adalah sebaliknya, kenapa kita manusia yang hanya singgah di bumi ini merasakan bahawa semua yang kita miliki di dunia ini adalah milik kita secara total,adakah kita sedar bahawa semua ini hanyalah pinjaman dari Allah yang maha berkuasa..mengapa manusia begitu jahil dalam menilai dan memahami erti kehidupan yang sebenarnya…mereka cepat berputus asa bila berhadapan dengan sesuatu masalah..padahal Allah sudah menyatakan bahawa dia dekat dengan hamba-hambanya dan akan mengkabulkan doa-doa hambanya yang berserah diri padanya..jadi mengapa manusia begitu berat untuk memohon kepadanya..sehinggakan mereka lebih senang bergantung harap kepada manusia yang mana sama-sama lemah sepertinya…

yakinlah wahai Ukhti semua..setiap yang terjadi adalah tanda betapa kasihnya Allah terhadap kita..timbulkanlah rasa mahabah kita pada Allah dan rasulnya dan seterusnya menjadikan ISlam sebagai cara hidup..;p

KETENTUAN ALLAH

Di wajibkan keatas kamu berperang,padahal itu tidak menyenangkan bagimu. tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah maha mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”. (2:216).

betapa besarnya kuasa Allah yang mana meliputi segala perkara..setiap benda yang telah berlaku dan akan berlaku Allah lah yang mengetahui segalanya..tiada satu benda pun yang terlepas dariNya…

di sebabkan itu, kita sebagai hambanya perlu akur dan redha dengan segalanya..mungkin apa yang kita inginkan tak dapat di sebabkan Allah lebih mengetahui bahawa perkara tersebut tidak baik buat kita…sabarlah ukhti mungkin Allah nak beri kita yang lebih baik..

setiap perkara yang berlaku perlukan keimanan diri dalam kita menghadapinya, bersangka baiklah pada Allah…

DESTINASIKU

Aku mau pergi jauh….ibarat dua nahkoda di atas kapal yang berlainan. Kedua-duanya bertemu di satu perhentian. Rupa-rupanya destinasi yang mereka tujui adalah sama. Lalu, mereka merancang untuk bersatu. Belum sempat mencapai kata putus, mereka perlu berlayar lagi kerana angin sudah mula bertiup. Namun, mereka sudah berjanji menyambung bicara di perhentian seterusnya.

Setelah lama menanti Cintaku belum sampai. Bagaimana hendak sampai sekiranya bahtera BARU menarik sauh? masih ada perhentian yang perlu di lalui sebelum sampai ke destinasi. Ombak laut dan ribut petir adalah perkara yang pasti dalam pelayaran itu…..

namun apa daya bila ada yang menghulur kasih, bukan hati hendak menolak tapi terpaksa akur pada kasih yang terdahulu…tapi adakah pasti ianya akan datang bertamu sebelum hati terbuka pada kasih yang baru…

Demi Mu ALLAH tiada yang dapat membuka pintu hati ku saat ini melainkan hanya CintaMu….dan cinta itu yang melengkapi hidupku sekarang ini….jangan Engkau bukanya melainkan hanya Untuk yang ABADI…

bila sesuatu menguggah hati

Bilamana ada sesuatu yang menguggah hati terasa bagai ada sesuatu yang perlu di fikirkan…terasa bagai hati ingin berbicara sendiri..tapi x tahu apa yang perlu di perkatakan..kerana takut ianya benar2 mampu menguggah hati..

Bila hati benar2 terguggah apakah yang akan terjadi seterusnya bahagia atau derita…suatu perkara yang sukar untuk di jelaskan kerana ianya sukar untuk di ramal….

Andai bahagia yang akan ku jelang aku redha..moga ianya berkekalan dan mampu membawa hati ini menelusuri danau kebahagiaan dengan hati yang sentiasa gembira dan selamat tanpa ada sebarang keraguan ataupun kekecewaan..biarlah ianya menjadi yang pertama dan terakhir..

Namun andai derita yang akan datang aku jua turut redha…mungkin dengan penderitaan ini yang membuat hati menjadi lebih kuat dan diri menjadi lebih tabah….bukan ingin menyalahkan takdir andai penderitaan dan kekecewaan yang akan datang tapi hati benar2 sudah penat untuk merasa dan menaggung apa yang berlaku selama ini..biarlah ianya berakhir begitu sahaja…tiada apa yang perlu di kekalkan dan tiada apa yang perlu di fikirkan kerana ianya semua sudah di simpan dalam lipatan kenangan…tiada guna untuk membukanya semula kerana ianya hanya akan membangkitkan kesedihan yang telah lama hilang….

Biar apapun yang akan datang ku harap itulah yang terbaik….jangan ada satu pun yang akan menguggah hati ku kalau dia bukan untukku…