seindah bunga keimanan

seindah bunga keimanan

Thursday, July 8, 2010

UJIAN ALLAH

Bila mana sesuatu ujian itu datang tanpa kita sedari..yakinlah antuna semua bahawa ujian yang datang itu mempunyai maksud yang tersendiri….seperti yang selalu di katakan “ada hikmah di sebalik setiap kejadian yang berlaku”..namun sejauh mana kita semua menganggap bahawa setiap ujian yang menimpa itu,tanda bahawa Allah sayangkan kita sebagai hambanya…

yakinlah..Allah tidak akan membebani sesorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya…

kadangkala kita merasakan bahawa ujian yang menimpa kita sebagai sesuatu yang membebankan dan membuat kita rasa goyah dalam bergantungharap kepada pencipta..walhal perkara yang terjadi adalah sebaliknya, kenapa kita manusia yang hanya singgah di bumi ini merasakan bahawa semua yang kita miliki di dunia ini adalah milik kita secara total,adakah kita sedar bahawa semua ini hanyalah pinjaman dari Allah yang maha berkuasa..mengapa manusia begitu jahil dalam menilai dan memahami erti kehidupan yang sebenarnya…mereka cepat berputus asa bila berhadapan dengan sesuatu masalah..padahal Allah sudah menyatakan bahawa dia dekat dengan hamba-hambanya dan akan mengkabulkan doa-doa hambanya yang berserah diri padanya..jadi mengapa manusia begitu berat untuk memohon kepadanya..sehinggakan mereka lebih senang bergantung harap kepada manusia yang mana sama-sama lemah sepertinya…

yakinlah wahai Ukhti semua..setiap yang terjadi adalah tanda betapa kasihnya Allah terhadap kita..timbulkanlah rasa mahabah kita pada Allah dan rasulnya dan seterusnya menjadikan ISlam sebagai cara hidup..;p

No comments:

Post a Comment