seindah bunga keimanan

seindah bunga keimanan

Friday, November 12, 2010

kerana dia adam dan hawa


KERANA DIA LELAKI

Aku adalah senjata ampuh
peruntuh tembok nafsunya

Kerana Dia Lelaki
Kelunakan suaraku luar biasa
mampu menggoncang imannya

Kerana Dia Lelaki
Gerak geriku yang manja
Racun berbisa untuknya

Kerana Dia Lelaki
Santun budiku perhatian utama
namun batasnya perlu ada

Dan..

Kerana Dia Lelaki
egonya tinggi,
fahamilah,
ada saatnya perlu demi kehormatan dirinya,
ada saatnya tersalah tempatnya
tapi ingatlah,
dia juga manusia.

Kerana Dia Lelaki
akal logiknya mengawal perasaan
fahamilah,
sifatnya perlu untuk memimpin,
maka ada saatnya,
emosiku sukar ditafsirnya.

Kerana Dia Lelaki,
masalahnya sering terpendam,
tiada diluahkan,
fahamilah,
dia mahu menyelesaikan sendiri,
berikan ruang dan masa untuknya,
setelah beberapa ketika,
bantulah dia.

Kerana Dia Lelaki
dia seorang manusia,
maka fahamilah,
bukan mudah mencari insan kamil,
seperti Rasul tercinta,
setidak-tidaknya dia mengikut jejak Rasulnya,
sekurang-kurangnya dia telah berusaha.

____________________________________________________________________

WAHAI HAWA,
jika kau fikir 'usha' nya tanda dia menyukaimu,
fikir semula,
apakah dia hanya menguji dirimu?
sebelum kau rasa penangan cinta lelaki
berjaga-jagalah diri

andai kau rasa bersifat 'daring' mampu menarik perhatiannya
kau kan berjaya
tetapi kau sebenarnya hanya menghancurkan dia
kau kan merosakkan pewaris bangsa

kalau kau rasa dengan memakai baju 'adik' mu dia akan tergoda,
tidakkah kau fikir?
kau hanya menambahkan dosa
zina pada matanya

tanyakan saja pada lelaki ciri-ciri calon isteri
maka baginya,isteri adalah ibu untuk anak-anaknya
teman susah senangnya
yang mampu memberi contoh
penyejuk mata
pendamai jiwa

No comments:

Post a Comment